TIPS MEMILIH BABY CARRIER YANG SELAMAT DAN BERSESUAIAN

2/06/2018 damiaamna 0 Comments

TIPS MEMILIH BABY CARRIER YANG SELAMAT DAN BERSESUAIAN


tips pilih baby carrier

Baby carrier adalah merupakan gajet penting masa kini buat ibu-ibu bagi memudahkan ibu membawa bayi dan menurangkan rasa terbeban. Bagi mami sendiri yang sentiasa membawa bayi kemana saja sekiranya bukan waktu kerja sebab malas nak tinggalkan lama-lama atas faktor bayi menyusu badan juga. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah bagaimana memilih baby carrier yang betul-betul selamat dan bersesuaian dengan bayi kita serta menepati bajet ibu bapa juga.

Namun, bukan harga yang menjadi ukuran sebenarnya. Carrier yang betul adalah kriteria yang paling penting dalam pemilihan. Di sini saya ingin berkongsi tips macam mana nak pilih baby carrier yang betul!!

1)TICKS : pilih carrier yang mematuhi prinsip TICKS ini.

tips pilih babywearing

T = Tight : Maksudnye anak mesti erat dalam dakapan ibu/ayah/pembawa namun kedua-duanya masih dalam keadaan selesa. Jangan terlalu ketat sampai anak susah nak bernafas.
I = In view at all times : Anak mesti sentiasa dapat dipantau. Untuk back carry, pastikan sentiasa berkomunikasi dengan anak.
C = Close enough to kiss : Pastikan kedudukan anak pada paras yang betul. Penandanya, kita dapat cium dahi/kepala anak (Untuk front carry). Kalau tak sampai nak cium tu maknanya kedudukan anak terlalu rendah. Tapi jangan jugak terlalu tinggi hingga menghalang penglihatan pembawa. Kang tak pasal2 langgar tiang.. hehehe..
K = Keep chin off the chest : pastikan dagu anak tidak terlalu bersentuhan @ tertekan ke dada anak kerana ini akan menyukarkan mereka untuk bernafas.
S = Supported back : bahagian belakang badan anak disokong dan berada dalam keadaan semula jadi. Penting bagi bayi yang berusia 4 bulan ke bawah untuk berada dalam bentuk C (seperti dalam kandungan) kerana tulang belakang mereka masih belum kuat. Memaksa mereka duduk dikhuatiri akan mencederakan @ mengganggu tumbesaran tulang belakang mereka.

tips pilih baby carrier

2) Selesa, ergonomic dan selamat


Penting untuk pembawa dan anak berada dalam keadaan yang selesa.


tips selamat

tips keselamatan

tips pilih yang betul
Bayangkan keadaan bayi kita semasa membawa simanja berjalan sepanjang masa, alangkah terseksanya!!!


tips pilih yang betul


tips pilih yang selamat

Bag sling adalah merbahaya kerana boleh menyebabkan bayi lemas. Di US produk ini tidak lagi boleh dijual kerana telah berlaku kes bayi mati lemas.


Hipseat tidak bersesuaian dan tidak ergonomik kerana jenis ini meletak bayi untuk duduk dan sekiranya mereka belum boleh duduk dengan sendirinya, maka ianya menyebabkan bebanan pada tulang belakang bayi.

3) Beli yang original

Dipasaran banyak baby carrier yang tiruan. Hati-hati dalam membeli. Produk tiruan merbahaya kerana tidak menjalani QC dan mempunyai kualiti yang rendah. Jangan kerana sayangkan duit, anda meletakkan nyawa anak anda dalam bahaya.
Macam mana nak tau yang original dan tiruan? Biasanya yang tiruan dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding original (bagi saya tetap mahal untuk barang tiruan)(untuk ssc original brand local boleh dapat around 230++, brand international macam Boba atau Ergobaby harga bermula dari 380++)(wrap/ring sling 150++)(kalau murah lagi dari tu lebih baik selidik dulu). Namun jangan ingat yang mahal itu semua ori.
Untuk elakkan dari anda terbeli yang tiruan, belilah dari pengedar / penjual yang sah. Nak tau macam mana nak cari pengedar sah? Teruskan membaca.

4) Pilih ikut kesesuaian

Dipasaran ni banyak jenis baby carrier yang dijual. Ada wrap, soft structure carrier (ssc), ring sling dan macam-macam lagi. Pilih ikut kesesuaian umur bayi anda. Rujuk gambar dibawah untuk panduan.


Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai cara-cara nak carry baby atau dipanggil baby wearing, anda boleh join group facebook Malaysian Babywearers. Banyak info yang boleh didapati dan dipelajari. Mereka juga sering anjurkan perjumpaan untuk ibu bapa mencuba pelbagai jenis carrier yang TICKS.

Nak beli tapi harga terlalu mahal? Memang tak dinafikan harga carrier yang disenaraikan di atas agak mahal tapi berbaloi sebenarnya.
Bagi mereka yang belum ada bajet, boleh mulakan dengan menggunakan kain batik lepas. Tapi pastikan kain masih baru dan kukuh.
Anda juga boleh beli 2nd hand @ used baby carrier dari penjual yang dipercayai. Macam mana caranya? Join group facebook Malaysian Babywearers FSOT and Rental.



Bagi mummies yang dah terbeli carrier yang tak ergonomic macam crotch carrier tu jangan bimbang. Anda tak perlu buang (sayang jugakkan harga nya pun mahal especially brand bjorn). Anda boleh ubah kan jadi ergonomic carrier seperti dalam gambar di bawah. Boleh gunakan shawl yang tebal tu.

tips keselamatan

Macam mana nak beli baby carrier dari penjual yang sah?
Di Malaysia ni ramai jugak penjual ergonomic carrier. Antaranya Snuggbaby, Fabulous Mom, Anak Ibu Shop, Yammie, Baby Vibes dan Big Eye Shop. Anda boleh rujuk file 'approved vendor' di dalam group Malaysian Babywearers untuk maklumat lanjut.
Bagi ssc brand Ergobaby, anda boleh rujuk di laman web mereka senarai penjual yang sah di serata dunia.

Kedit to :momofprecious
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi
Shaklee ID: 906598

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah