MALAYSIA MENGALAMI MASALAH BANTUT? APA PERANAN KITA???
MALAYSIA MENGALAMI MASALAH BANTUT? APA PERANAN KITA???
Kekurangan vitamin dan garam galian di dalam pemakanan telah menyebabkan badan kita terdedah kepada jangkitan dan juga penyakit. Secara global, kekurangan bahan-bahan nutrien ini telah menyebabkan kematian lebih kurang 1 juta orang kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun dan 50,000 orang wanita yang sedang mengandung dan ketika melahirkan anak, dan telah menyebabkan lebih kurang 200,000 kelahiran bayi dengan kecacatan yang serius di dalam setahun.
Jom kita tengok contoh menu terbaik untuk anak-anak kita, mana tahu kita boleh ubahnya sedikit demi sedikit bagi mengurangkan statistic masalah bantut di kalangan anak kita.
Mulai secara perlahan untuk mengubah kebiasaan anak
Setiap apa
yang kita buat mestila tidak terlalu mendesak. Ini kerana ianya boleh
membuatkan anak terus tidak mahu makan. Kaedah terbaik yang kita boleh lakukan
ialah dengan mecuba secara beransur dengan menubah secara mingguan.
Membatasi pemberia
gula tambahan anak, dengan cara menukar
minuman manis (seperti jus dan minuman bersoda) dengan air putih atau susu
rendah lemak/ bebas lemak.
Cuba patuhi
jadual makan supaya anak tidak menjadi begitu lapar dan craving berlebihan terutama
sarapan. Sarapan sihat dengan sumber karbohidrat dan protein baik (seperti sepotong
roti gandum dengan kacang) dapat membuat anak merasa kenyang, sehingga anak
tidak akan makan berlebihan pada waktu makan lain.
Kurangkan
makan di luar seperti seminggu sekali sahaja sabgai permulaan. Supaya anak
lebih menghargai masakan di rumah yang lebih sihat. Fahamkan juga mereka apa
itu makanan yang sedap dan sihat.
Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun
Sarapan pagi· 1 gelas susu
· 2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem
Minum pagi
· 3 keping biskut
· ½ gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· ½ cawan nasi
· 1 ketul ayam goreng kicap
· 2 sudu makan sayur
· Air masak
Minum petang
· 1 keping kuih
· 1 potong buah
· ½ gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 mangkuk mihun sup
Minum malam
· 1 gelas susu
Baca Juga :ADAKAH PEMAKANAN ANAK KITA MENCUKUPI?? JOM KITA SEMAK
Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 – 6 tahun
Sarapan pagi
· 1 cawan mihun goreng
· 1 gelas minuman bersusu
Minum pagi
· 3 keping biskut
· 1 gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· 1 cawan nasi
· 1 ketul ayam masak merah
· 2 sudu makan sayur
· 1 potong buah-buahan
· Air masak
Minum petang
· 2 keping kuih
· 1 gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 cawan bubur nasi campur ikan
· Air masak
Minum malam
· 1 gelas susu
Baca Juga :TIPS ATASI ANAK-ANAK AKTIF DALAM PESAWAT
Ajak anak melakukan bersukan secara teratur
Sebenarnya,
anak-anak lebih mudah membakar kalori dengan berbagai kegiatan. Anak-anak
biasanya suka dengan berbagai aktiviti dan permainan. Dengan cara tersebut,
maka secara tidak langsung dapat membuat anak aktif sekaligus mengeluarkan
peluh dengan cara yang sihat. Pilihlah berbagai macam kegiatan yang anak suka,
contohnya bermain basikal, sepak bola, menari, dan sebagainya.
Kurangkan masa menonton TV
Menghabiskan
waktu berjam-jam di depan TV atau komputer dapat membuat anak menjadi malas
untuk bergerak. Hal ini membuatkan anak mungkin terdedah kepada mengalami
kenaikan berat badan. Oleh itu, Anda kita membataskan waktu anak menonton tv, bermain
video game, dan kegiatan lain yang sewaktu dengannya.
sumber :hellosehat.com
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi
Shaklee ID: 906598
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah