KUDAT PENUH KEJUTAN TARIKAN PEMANDANGAN LAUT TERBUKA

5/11/2018 damiaamna 0 Comments

Sabah
Mercu tanda Tips of Borneo

Assalamualaikum..

Setelah hampir setahun bermastautin di kepulauan Borneo, kini baru berkesempatan untuk menjelajah ke Tips Of Borneo. Tanjung Simpang mengayau terletak dalam Daerah Kudat memerlukan perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit sehingga 3 jam dan bergantung kepada kenderaan dan juga keadaan lalulintas.

Dalam kesibukan orang lain untuk pulang mengundi di tempat masing-masing, kami sekeluarga tiak berpeluang untuk menjalankan tanggungjawab itu pada kali ini. Jadi kami menggunakan cuti sebelum hari mengundi untuk menikmati keindahan Tanjung Simpang mengayau.

Rancang perjalanan.


Oleh kerana perjalanan ke kudat memakan masa 2 jam lebih sehingga 3 jam, maka perancangan perlu dilakukan. Ini kerana kami perlu mengambil kira masalah hentian rehat yang tiada seperti dalam lebuhraya di semenanjung dan juga masalah untuk berhenti makan minum.

Kami merancang untuk pergi dan balik hari saja, maka perjalanan mestilah bermula seawal yang mungkin. Jarak perjalanan dari Sepanggar ke Tanjung Simpang mengayau adalah sejauh 169 km. Bagi mami sekeluarga yang ada anak kecil, berbagai perkara perlu difikirkan. Dari Sepanggar perlu menuju ke Tuaran, kemudian ke Kots Belud dan Melalui Kota Marudu sebelum sampai ke Tanjung Simpang Mengayau. Akan jumpa simpang ke Tanjung Simpang Mengayau dulu sebelum pekan Kudat.


Bekalan Makanan.


Oleh kerana jarak perjalanan yang agak jauh dan kurang kemudahan hentian rehat dan rawat seperti di lebuhraya semenanjung, maka makanan perlu disediakan sebelum bertolak. Terdapat satu hentian, iaitu hentian Ulu Kukut di Kota Belut, tapi tak ramai yang berhenti kecuali pelancong luar.

Oleh kerana kawasan yang dituju agak kurang restoran, maka mami merancang memasak bekalan dan berkelah di kawasan yang nak dituju. Mami masak bekalan nasi dan ayam merah serta telur dadar sebagai bekalan makanan tengah hari.

Untuk sarapan pula, mami hanya membeli bekalan roti dan juga kuih bahulu dari stesen minyak sebelum memulakan perjalanan. Untuk anak-anak, sediakan juga jajan yang mengenyangkan supaya tak begitu bosan.


Kudat, Sabah
gambar kenangan

Tips Of Borneo
Sayup mata memandang

Perjalanan yang panjang


Perjalanan ini akan terasa sangat lama dengan pemandangan kiri kanan adalah kawasan sawah padi apabila melalui daerah Kota Belud. Kemudian pemandangan kawasan kelapa sawit apabila memasuki kawasan Kota Marudu dan juga Kudat. Nikmati perjalanan seperti menaik dan turun bukit itu. Jalan agak lurus dan terasa sayup mata yang memandang.


Perjalanan kami ke Kudat menggunakan Aplikasi Waze dan pada asalnya mami arahkan ke KFC Kudat. Kononya sampai ke pekan dulu, kemudian baru la cari arah ke Tanjung Simpang Mengayau. Oleh kerana telefon digunakan untuk memandu arah, maka tiada rakaman perjalanan buat kami. Hanya terakam di minda sahaja he he.

Tanjung Simpang Mengayau dulu sebelum Pekan Kudat.


Apabila kami memasuki daerah Kudat dan aplikasi waze menunjukkan bahawa lagi 17 km lagi untuksampai ke KFC Kudat apabila kami menemui simpang memasuki Tips Of Borneo. Maka kami menukar haluan untuk ke Tips Of Borneo dahulu kerana jam sudah menunjukkan 10.00 pagi. Dari Jalan utama untuk sampai ke Tanjung Simpang Mengayau 

Kudat
satu keluarga

Sampai sahaja kawasan destinasi, terus cari mercu tanda untuk bergambar. Subhanallah, terlalu cantik mata memandang dengan kebiruan air lautnya. Luas mata memandang dan tidak jemu walaupun matahari mula terpacak di atas kepala. Jam menunjukkan 10.30 pagi tapi waktu di Sabah 1 jam awal dari semenanjung. Maka boleh dikatakan lebih kuram jam 11.30 pagi waktu semenanjung la.

Sabah
Laut Sulu dan laut Cina selatan

Sabah
penunjuk arah



Sabah
Hujung tanduk





 Berkelah di Pantai Kalampunian


Setelah puas melihat pemandangan dan merakamkan gambar, kami turun mencari kawasan untuk berkelah di tepi pantai. Makan tengah hari dengan bekalan yang telah siap dimasak dari rumah. Hidangan mudah dan ringkas iaitu nasi putih, ayam sambal dan telur dadar ha ha. Keindahan pantai dengan pasir yang memutih begitu memikat hati. Sebenarnya terdapat juga beberapa pantai lain di Kudat ni, tetapi tidaklah diberi perhatian sangat kerana pengunjung biasanya datang ke Tanjung Simpang Mengayau untuk bergambar dan balik he he.


Sabah
Pantai Kalampunian

Teruja nak mandi pantai.


Anak-anak terlalu teruja untuk terjun pantai. kawasan pantai Kalampunian ni terdapat beberapa chalet atau resort untuk disewa. Terdapat juga tandas awam dan surau di kawasan pantai ini. Jadi memang boleh je kalau nak mandi manda di sini. Tetapi suami kurang berminat salah satu sebabnya ialah kekurangan pengunjung. Mungkin juga kami pergi bukan hari minggu atau cuti umum. Adalah juga yang mandi, tetapi rasanya pelancong luar atau nelayan tempatan. Sempat la juga cecahkan kaki di gigi air, sangat jernih airnya. Memang kita akan rasa nak berendam je ha ha.

Sabah
Tamu Kudat

Tamu Kudat.


Selepas berkelah dan menikmati keindahan pantai, barulah kami bergerak menuju ke pekan Kudat. Memang letakkan KFC,Kudat sebagai next location sebab tak tahu nak tuju ke mana. Dalam mata melilau mencari bangunan KFC, ternampak pula 'tamu' atau pasar mingguan di pekan Kudat ini. Apa lagi, terus je cari tempat letak kereta dan menjelajah kawasan tamu je lah. Bagi mami sekeluarga, tamu di sini lebih kurang sama juga lah dengan tamu di tempat lain yang pernah kami pergi iaitu tamu di Telipok dan juga Tuaran. Satu keseronokan berkunjung ke tamu ialah boleh mencari barang dagangan masyarakat tempatan. Biasanya berbeza hasil tani mengikut kawsan setempat la,



Kota Marudu sebagai persinggahan terakhir.

Selepas berjalan sekitar tamu pekan Kudat, kami bertolak balik ke sepanggar. Oleh kerana baru je menikmati makanan semasa berkelah, maka kami sekeluarga membuat keputusan untuk singgah KFC, Kota Marudu pula. Sambil itu dapat melihat sendiri pekan Kota Marudu kerana perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat tidak melalui pekan atau bandar Kota Marudu mahupun Kota Belud. Mengalas perut di  KFC dan kemudian singgah bersolat di Masjid Kota Marudu sebelum bertolak balik.

Alhamdulillah, walaupun perjalanan terasa jauh tapi berbaloi.

Bagi yang belum pernah datang ke Sabah, jangan lupa masukkan Kudat sebagai salah satu destinasi korang tau.....


Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi

Shaklee ID: 906598

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah