KELENGKAPAN YANG WAJIB ADA UNTUK MENDAKI KINABALU
puncak |
Tips Hiking - Kelengkapan hiking bagi orang pertama kali mendaki Kinabalu
Assalamualaikum.
Kalau sebelum ni aku kongsi pengalaman mendaki Gunung Kinabalu. Kali ini aku nak kongsi peralatan atau kelengkapan paling asas perlu korang sediakan sekiranya korang adalah pendaki pertama kali atau amatur seperti aku.
Di sini aku nak kongsi sabagai panduan asas je berdasarkan apa yang aku dapat dari kawan-kawan "Hikers kental" dan juga pengalaman sendiri la.
Kasut hiking.
Kalau sebelum ni aku hiking bukit sekitar politeknik pakai kasut sukan biasa ja. Tetapi untuk mendaki Gunung Kinabalu adalah tidak digalakkan, lagi-lagi anda adalah pertama kali. kenali kemampuan kaki sendiri juga. Atas nasihat kawan-kawan dan juga melalui pembacaan, aku mencari kasut hiking yang bersesuaian. Aku pilih yang jenis "high cut" di mana secara tak langsung boleh memberi perlindungan kepada pergelangan kaki kita. Tapak kasut juga perlu maminkan peranan yang penting dalam pemilihan kasut, ini kerana kawasan puncak gunung adalah batuan. Jadi perlu mencari tapak yang mampu mencengkam permukaan batu yang licin. Seeloknya cari juga kasut jenis windproof/ waterproof. Cuaca kat puncak boleh mencapai suhu negatif, kalau kaki sejuk, boleh mengundang kepada kekejangan otot.
Tips : beli kasut saiz besar satu saiz dari saiz biasa, sebab bila turun kaki, jari kaki tidak terlalu sakit bila kena depan kasut kerana masih ada ruang. Pastikan juga kuku jari kaki dipotong kemas, dibimbangi mencederakan kuku pulak he he. Buat la pelaburan sikit la ye.
Kasut hiking "high cut" |
Seluar hiking.
Seluar hiking pun menjadi isu ke. Terpulang kepada diri sendiri juga. Anda boleh je pakai seluar sukan biasa pun, tetapi apabila kita perlu berjalan seharian dan juga terdedah kepada cuaca yang tak menentu. Maka perlu difikirkan pakaian yang bersesuaian, iaitu jenis kain yang tahan lasak dan juga mudah kering apabila terkena hujan. Tak perlu nak cari yang mahal atau berjenama pun, aku beli dari kedai "bundle" ja dengan harga RM30 sehelai. Yang penting seluar tu selesa dan sesuai dengan keadaan untuk mendaki.
Bagi yang merancang untuk mendaki sambil membawa barang sendiri, perlu juga titik beratkan penggunaan beg yang sesuai. Cari beg yang sederhana dan yang ada sokongan belakang. Bagus untuk mengurangkan sakit belakang. Biasanya ada sokongan bahgian pinggang dan dada.
Bagpack |
Bladder
Water bladder ni memang penting juga sebab letih juga nak minum air kena berhenti dan ambil botol kat beg dan buka botol ha ha. Eleh itu pun letih ke??? he he. Rasa sendiri hiking yang panjang masanya, masa tu nak buka botol pun rasa satu bebanan tau!! Jadi penggunaan water bladder ni sangat membantu la. Water bladder ni ada sampai saiz 5L tau, tapi nasihat aku ialah beli yang korang rasa mampu bawa la. 2L pun rasa sangat berat kot. Kalau beli water bladder, pastikan juga gunakan beg yang bersesuaian ye.
Bladder |
begpack |
Baju dan seluar Thermal.
Thermal T-shirt ni digunakan semasa pendakian dari Laban Rata ke Summit. Oleh kerana pendakian seawal jam 2 pagi dengan suhu yang mencapai 0 darjah, maka penggunaan T-shirt ni adalah sangat digalakkan. Bagi orang asia yang tak tahan suhu sejuk, sangat penting. T-shirt ni menghasilkan haba apabila kita banyak bergerak. boleh didapati di kedai sukan atau kedai yang menjual kelengkapan melancong ke nagara sejuk seperti Universal Traveller. Aku beli di Sport Direct je, sepasang baju dan seluar dengan harga RM79.
Thermal shirt |
Baju hujan / raincoat
Baju hujan ni penting ye, kalau kena hari hujan boleh lenjun semua. Jangan biarkan diri basah dan kesejukan ye, boleh mengundang kepada demam selsema dan juga kekejangan otot. Beli yang nipis ja, sebab nak kurangkan berat. Masa kering mungkin tak terasa, tetapi lepas kena hujan dan nak lipat balik tu terasa beratnya laaaahai. Cari yang jenis macam baju kaftan tu, tak berlengan pun takpe. Kalau hujan renyai tetapi panas, terasa macam sauna pula hu hu.
Baju hujan |
Windbreaker
Windbreaker ni pakai semasa mendaki dari Laban Rata ke puncak Kinabalu. Oleh kerana pendakian seawal jam 2 pagi, cuaca amat lah sejuk. Aku pakai 3-4 lapis pakaian. Baju thermal + Tshirt + baju sejuk + windbreaker, ha ha banyak kan. Lepas tu siap beli hot pad lagi sebab nak bagi badan sentiasa panas. Ini bagi orang yang tak tahan sejuk macam aku la. Windbreaker aku pun beli dari kedai "bundle" juga dengan harga RM50. Kalau nak beli yang berjenama dan baru sangat mahal pulak pada aku. Hot pad tu boleh cari di shopee atau lazada je kalau tak jumpa kat kedai sukan.
Windbreaker |
Heat pad |
Sarung tangan/ Glove
Sarung tangan ni penting tau, kalau tak bawa juga maka tak dapat la daki ke puncak. Satunya adalah nak lindungi tangan dari kesejukan dan kebas. Keduanya sebab akan ada penggunaan tali sikit masa mendaki sebelum sampai ke Sayat-sayat. Untuk mendaki Kinabalu ni, sila cari sarung tangan yang jenis kalis air lagi bagus serta boleh tahan sejuk. Aku beli jenis sarungan winter tu ha ha, "confirm" tahan sejuk. Ada orang sibuk cari jenis yang boleh 'touch screen' sebab bila nak ambil gambar guna telefon bimbit tak perlu buka sarung tangan.
Glove |
Lampu suluh atau Head lamp
Lampu suluh ni penting ye sebab nak mendaki jam 2 pagi tu memang gelap gelita. Beli je jenis yang pakai di kepala sebab tak perlu pegang. Nak mendaki susah la nak pegang. Kat kedai Mr DIY pun ada jual, tapi besar dan berat la. Jadi aku labur duit sikit beli yang mahal sikit la dari kedai sukan.
Headlight |
Hiking Stick/ tongkat
Hiking stick atau tongkat sakti ni terpulang kepda invidu. Mulanya aku tak begitu suka guna. Tetapi tongkat ni bertindak sebagai sokongan juga ketika mendaki atau turun bukit. Ada orang pakai sepasang, kiri dan kanan pegang tongkat. Aku pakai satu je, berguna sangat pada aku yang kaki terseliuh masa turun bukit hu hu. Boleh beli sendiri atau nak sewa dengan Kinabalu Park pun boleh juga. Ada perkhimatan sewa hiking stick ni kat sana.
Hiking Stick |
Topeng muka/ Balaclava
Topeng muka atau penutup kepala ni terpulang kepada individu juga. Tapi sangat berguna untuk melindungi bahagia kepala dari kesejukan. Bila cuaca sejuk, angin mudah naik ke kepala, kau memang tak tahan. Jadi memang bersedia dengan penutup kepala ni. Boleh cari ikut kesesuai dan yang penting tutup dal lindungi dari kesejukan. Sediakan juga topi "cap" sebab masa turun tu panas dan silau matahari. Atau boleh juga pakai cermin mata hitam bagi yang tak pakai cermin mata macam aku he he.
Sebaiknya sediakan sendiri pertolongan cemas untuk diri sendiri sebab kita tak pasti apa akan berlaku. Sediakan yang paling basik la. Macam aku yang pertama kali ni, tak pernah hiking dalam jangka masa yang lama dan jauh. Ini yang aku bawa dan cadangkan korang sediakan juga.
Spray cramp |
Ammelts yoko-yoko |
Plaster luka |
Bandage |
Spray tu sentiasa ada dengan aku sebab risau cramp dan terpisah jauh dengan kawan-kawan, susah nak minta tolong. Bawa yoko-yoko sebagai pengganti minyak angin. Cuaca sejuk nanti minyak beku pulak he he. Plaster tu kalau melecet sebab berjalan lama kan. Bandage pula aku cadangkan bawa juga sebagai persediaan macam kes aku yang terseliuh masa turun, sengsara sangat. Bandage kurangkan bengkak sikit. Lain-lain ubatan macam panadol Actifast san juga panadol Extend tu sediakan la juga tau. Ada juga yang mencadangkan bawa serbuk "ORS" air garam masa korang cirit-birit tu. Minum untuk kurangkan masalah kekejangan otot.
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah