KINABALU CHALLENGE 2019
Gunung Kinabalu Pengalaman yang sukar dilupakan.
Alhamdulillah, simpan sebagai kenangan yang terindah di sini.
Semua perasaan bercampur aduk. Terlalu teruja untuk melihat sendiri keindahan ciptaan Allah. Gementar dengan apa yang bakal aku tempuhi sepanjang perjalanan mendaki. Sebelum mendaki ni memang selalu buat latihan hiking di bukit sekitar politeknik. Tapi pendakian bukit tu cuma memakan masa 20 ke 30 minit sahaja. Jarak perjalanan pula hanya satu kilometer sahaja.
 |
Pas perjalanan suami |
 |
Pas perjalanan aku |
Yuran Pendakian
Setiap pendaki mesti berdaftar dan perlu membayar permit pendakian serta bayaran makan dan penginapan. Pakage yang kami ambil ialah pakage berkumpulan seramai 25 orang peserta dan bayaran setiap orang ialah RM350 termasuk bayaran penginapan, permit kebenaran mendaki, makan di Laban Rata dan juga pengangkutan dari Kinabalu Park ke Timpohon Gate.
 |
Beg Pakaian aku dan suami berat 10kg |
Bayaran Porter
Oleh kerana kami adalah pendaki amatur, maka kami memilih khidmat porter untuk membawa beg kelengkapan atau pakaian kami sehinggan ke Laban Rata dan turun semula ke Timpohon Gate. Bayaran Khidmat ini ialah RM13 per kilogram untuk naik dan turun. Jadi aku dan suami bayar RM130 untuk beg pakaian kami. Kami hanya membawa beg bekalan makanan dan kelengkapan pertolongan cemas untuk diri sendiri sahaja. Beg bakalan pun dah 4kg seorang sebab berat air kan.
 |
Menaiki bas sewa khas dari Politeknik ke Kinabalu Park |
 |
Bergambar kenangan sebelum memulakan pendakian |
Sesi taklimat bersama Guide
Selepas sesi taklimat bersama guide, kami bergambar kenangan dulu. Masa perjalanan nanti belum tentu dapat bergambar semua sebab ada yang laju dan ada yang sederhana, ada pula kategori perlahan. Biasanya akan ada 3 kategori la kan.
Guide ingatkan tentang pemaikaian tanda nama kami sebagai pengenalan sepanjang pendakian 2 hari satu malam ini. Panduan pendakian dan juga Cut Off Time. Pendaki tidak boleh sampai terlalu lambat ke Laban Rata.
 |
Peta pendakian Gunung Kinabalu |
 |
Memulakan pendakian |
Masa Pendakian
Kami memulakan pendakian Jam 10 pagi. Kami merupakan kumpulan pertama yang mendaftar tetapi menjadi kumpulan yang terakhir yang mulakan masa pendakian. Pendakian boleh dimulakan seawal jam 8 pagi ye. Kaunter Kinabalu Park buka jam 8.
Pendaki perlu mengikut ketetapan masa pendakian iaitu tidak boleh sampai ke Laban Rata melebihi jam 6 petang kalau tak salah saya. Kalau sampai terlampau lewat atau hampir Jam 6, guide kan pastikan stamina pendaki dulu sebelum membenarkan pendaki untuk mendaki ke puncak esok pagi.
Jom kita layan gambar trail pendakian.
 |
Trail bertangga bikis panas hati |
 |
0.5 km dari Timpohon |
 |
Pondok Kandis |
 |
1.0 km dari Timpohon |
 |
Pondok Ubah |
 |
1.5 km dari Timpohon |
 |
2.0 km dari Timpohon |
 |
2.5 km dari Timpohon |
 |
3.0 km dari Timpohon |
 |
3.5 km dari Timpohon |
 |
Pondok Layang-layang |
Pondok layang-layang terletak selepas 4 km perjalanan dari Timpohon. Di sini merupakan pondok perhentian bagi pendaki untuk berhenti rehat dan makan. Pondok perhentian yang lain tidak digalakkan untuk berhenti lama. Sekadar meregangkan kaki atau berhenti membuang air sahaja.
 |
Hujan |
 |
Hujan dalam perjalanan |
 |
4.5 km dari Timpohon |
 |
Pondok Villosa |
 |
Pondok Paka |
 |
600 m ke Panalaban |
 |
300 m to Panalaban |
 |
Lunch box kami yang kami tempah |
Selepas Pondok Paka tu aku dah tertinggal keretapi tau. Suami pula ingat dia yang tertinggal selepas keluar dari toilet tak nampak orang, maka dia meneruskan perjalanan tanpa sedar isterinya dah tertinggal kat belakang hu hu.
Masa 300 meter sebelum sampai Panalaban tu dah mula rasa kepala berdenyut. Nasib ada Guide seorang ni sampai. aku siap tanya soalan bodoh lagi, berapa jauh lagi nak sampai sedangkan ada papan tanda kot kat situ. Lepastu nak sedapkan hati, tanya pula berapa masa untuk sampai kat Laban Rata tu? Guide jawab "kalau saya 5 minit la, kalau kamu 15 minit!"
Aku siap arahkan guide tu jalan belakang aku sebab masa tu memang dah sakit kepala dan rasa nak merangkak je dari situ. Penat sangat tau. Muka pun dah berkerut sangat bila bergambar pun.
 |
Guide kami En Johny |
 |
Bangunan Untuk lapor peserta dah sampai |
Dah nampak bangunan hostel, tapi Lemaing Hut di belakang Bangunan ni. Masyaallah, rasa nak duduk terus je. Penat sangat, andai aku boleh terbang ha ha
 |
Bilik Hostel Lemaing Hut |
AMS (Altitude sickness)
Sampai je bilik hostel, suamiku tengah rehat atas katil. Dia sampai dalam 20-25 minit sebelum aku. Memang terus bagitau suami, aku sakit kepala. Terus buka kasut dan baring je. Aku sampai jam 3.45 macam tu. Heater kat bilik hostel pun belum "on" lagi. Rasanya pihak hostel buka jam 4.30 petang. Nasib baik ada cerek elekterik, suami masakkan air dan bagi aku mandi dulu. Lepas mandi sambung baring lagi sebab sakit kepala mengcengkam. Rasa nak muntah dan memang aku muntah pun sampai 3-4 kali juga. Lembik rasa badan. Itulah dia Simptom AMS (altitude sickness). Telan Panadol "acitve fast" pun tak jalan. Kawan bagi pula "pil AMS", pun sama hu hu.
 |
Dinner di Laban Rata Restoran |
Dinner bermula jam 4.30 petang. Paksa diri untuk ke restoran ni. Makan je semua yang ada tu sebab dah termasuk dalam yuran ok. Tetapi air minum kena beli. Satu Jug RM5. Aku memang tak mampu nak telan apa, hanya mampu kunya buah tembikai je. Itu pun aku muntah juga lepas tu. Suami belikan kopi panas, harga untuk satu Mug RM12 ye. Kawan suruh telan pula Pil Panadol Extend supaya kurag sakit badan sebab mendaki dan kurang lengoh-lengoh badan untuk sambung pendakian ke puncak esok pagi.
Tidur.
Semua pendaki digalakkan tidur awal untuk mendapatkan rehat yang cukup. Kami perlu bangun seawal jam 1.30 pagi untuk makan sebelum bertolak ke puncak. Aku pula tidur dalam keadaan perut yang sangat lapar sebab tak mampu nak telan makanan langsung. Alhamdulillah, kurma adalah penyelamat aku. Setiap kali terjaga, aku akan ambil 2 biji kurma untuk kurangkan rasa perut pedih sebab lapar. Bila bangun jam 1.30 pagi je sakit kepala dah hilang. Cuma aku kurang pasti bahawa aku cukup bertenaga untuk mendaki ke puncak. Tapi sebab matlamat aku adalah mendaki sampai ke puncak, maka doa dan tawakkal je la.
 |
Selfie jam 2 pagi |
Lepas makan pagi, walaupun perut masih tak boleh nak terima makanan lagi. Mampu minum kopi O ja. Ada sesi taklimat sebelum pendakian ke puncak. Maca biasa, ada Cut Off Time. Tak boleh terlalu lewat sampai ke checkpoint sayat-sayat, kalau tak, kamu tak boleh ke puncak. Takut lambat sangat, panas!!! Kami bertolak jam 2.40 pagi dan sampai ke checkpoint sayat-sayat jam 4.30 pagi.
 |
KM 8, rasa nak stop kat sini je...semput |
Masa ni baru lepas azan subuh rasanya. Memang rasa nak give up je hu hu. Masa ni aku terbayang, kalau la aku ada thermos, boleh isi kopi panas dan minum kat sini ha ha.
 |
Matahari mula menyinar |
 |
Cubaan selfie |
 |
Puncak Low Peak |
Dah nampak puncak Low Peak, tapi rasa nak patah balik je sebab memang dah kekurangan tenaga betul. Nasib baik ada Guide yang memang penyabar dan sangat membantu. Tali tu sebagai panduan arah pendaki sebab berjalan dalam gelap.
 |
Puncak Seringgit |
 |
Sampai juga sebelum Jam 7 pagi |
 |
puncak seringgit |
 |
view awan yang cantik |
 |
Sayat-sayat Hut, tempat checkpoint |
 |
Tangga seribu yang kami panjat dalam gelap tadi |
 |
view point |
Masa nak turun, selepas tangga seribu tu ada tempat untuk mengambil gambar pemandangan yang cantik. Tapi aku tak mampu nak berdiri kat situ pun, rasa nak pitam je sebab gayat. Masa perjalanan balik aku terjatuh dan menyebabkan kaki terseliuh. Sengsara rasa nak berjalan turun.
 |
Bergambar kenangan sebelum turun |
Nak turun baru berpeluang bergambar kat sini. Muka menahan sakit sebab kaki terseliuh. Kami mula turun jam 10.40 pagi. Alhamdulillah sampai pada masa yang ditetapkan. Tetapi perjalanan turun ke Timpohon jadi sangat perlahan disebabkan kecederaan yang aku alami. Kami tiba di bawah jam 4.50 petang. Lewat satu jam daripada masa yang ditetapkan. Perlu membayar RM15/jam kepada Giude kami.
 |
Turun dengan sengsara |
 |
Lakiku adalah Tongkatku |
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah