PENGINAPAN SEPERTI NEGARA MUSIM SEJUK DI KUNDASANG
View point Pekan Nabalu |
Assalamualaikum
Dah lama mami tak masukkan entry baru dalam blog mami. Bertapa malasnya la hai nak menaip.
Trip kundasang
Baru datang kekuatan untuk menaip balik. Saja nak masukkan memori kat sini dan juga panduan yang mencari tempat dan views di Kundasang. Semua sedia maklum bahawa kundasang terkenal dengan pemandangan yang sangat cantik dengan hawa yang sejuk di kaki Gunung Kinabalu yang merupakan igauan pendaki.
Berdoa supaya cuaca cerah.
Untuk mendapatkan pemandangan yang terang dan jelas macam ni, semestinya la cuaca memainkan peranan penting. Maka setiap kali nak bercuti ke sini, pastinya mami akan berdoa semoga direzekikan cuaca yang cerah dan keadaan angin yang bagus supaya awan tidak meliputi sepenuhnya puncak Akinabalu ini.
Pastikan juga bertolak awal dari Kota Kinabalu supaya tidak terlalu lewat sampai atas. Kebiasaannya, selepas masuk waktu tengah hari, tiupan angin agak kuat dan membawa awan menutupi puncak. Waktu yang ngam ialah sebelum jam 10 ke 11pagi macam tu. Lagi awal, lagi bagus.
Antara View kami
Oleh kerana kami ni bermastautin di Sabah, maka kami tidak lagi memilih kandang lembu sebagai destinasi utama percutian kali ni. Ini kerana musim cuti sekolah terlalu ramai pelancong luar dan orang semananjung datang ke sini. Maka, bagi laluan kepada mereka dahulu he he. Jadi mami pilih Mount Kundasang Recreation sebagai tempat tujuan utama percutian keluarga kami kali ini.
Antara aktiviti yang dapat dilakukan di sini ialah.
- Flying fox
- Archery
- Lawatan ke B E Wonderland
Ada bayaran tertentu untuk setiap aktiviti di sini.
Ada bayaran tertentu untuk setiap aktiviti di sini.
Anak-anak yang besar memilih untuk mencuba aktiviti flying fox.
Anak-anak tak berpeluang untuk melakukan aktiviti memanah kerana ada keluarga yang telah menempah terlebih dahulu, perlukan masa lebih untuk menunggu.
Habis sahaja aktiviti flying fox kakak dan abang, terus kami masum B. E Wonderland.
B E Wonderland.
Dalam B.E Wonderland ni ada 13 seksyen, mami pun lupa apa seksyen dia. Tapi sempat la juga mami rakam semua gambar, cuma di larang merakamkan video sahaja.
Musim Salji |
Suasana Tropika, cantik walaupun replika sahaja. |
kawasan cermin ajaib ha ha |
Sabah culture house |
tak ingat dah seksyen apa |
Ruang culture moden |
Ruang Angkasa |
Autum...cantik kan!!! |
rekacipta |
Cari makan
Selepas menghabiskan masa di Mount Kundasang recreation, tak sedar rupanya dah hampir tengah hari. Padan la perut pun mula berdondang sayang. Keluar dari sini dan menuju ke Pekan Kundasang. Sebenarnya di Mount Kundasang recreation ni pun ada restaurants juga, tapi kami memilih untuk ke pekan saja sebab boleh menikmati sayap madu sekali. Salah satu menu wajib kami cari bila bercuti ke sini.
Apa yang special sangat sayap madu ni ialah sambal kicap yang dibuat untuk mencicah ayam ni. Pedas dia memang terasa dan bila makan rasa susah nak berhenti he he.
Sebenarnya hidangan utama untuk makan tengah hari kami ialah nasi ayam. Tapi ayam menu nasi ayam tu tak terusik sebab kami makan nasi berlauk sayap madu ha ha.
Masjid kundasang
Oleh kerana masih awal, belum boleh check-in bilik yang mami tempah. Maka kami singgah ke Masjid Kundasang untuk menunaikan solat zohor. Laluan depan Masjid kelihatan agak sibuk berbanding hati biasa sebelum ni, rupanya ia merupakan laluan alternatif untuk ke Pekan Ranau. Ini kerana laluan biasa di tutup disebabkan oleh kejadian tanah runtuh.
Bagi mereka yang malas nak mencari tempat untuk makan tengah hati, depan Masjid Kundasang telah ada restoran. Mudahkan jemaah dan orang ramai untuk singgah solat dan terus makan.
Sutera sanctuary lodges di Kinabalu Park
Kami memilih untuk menginap di Kinabalu Park kerana suasana dan pemandangan gunung yang ketara jelas. Terasa seolah-olah bercuti di luar negara. Penginapan yang kami pilih seperti berada di negara musim sejuk Kemudahan bilik yang serba mewah. Berangan je la kan, he he.
Jom layan semua gambar Penginapan kami.
View petang dari kawasan lodges
Selepas selesai check in bilik je, hujan pula menyambut kedatangan kami. Maka, kami pun menikmati suasana hawa dingin semula jadi dalam bilik yabg sangat selesa. Dalam bilik ada disediakan alat pemanas. Tapi sengaja tak pasang sebab nak menikmati suasana sejuk kaki pergunungan.
Dinner di Liwagu restaurant
Oleh kerana terlalu mencintai suasana hawa dingin kawasan kaki pergunungan kinabalu, sehingga malas nak keluar dari kawasan Penginapan kami. Jadi kani cuba menjengah restoran kawasan lodges ni.
Check out
Tidur malam yang sangat sejuk dengan suhu mencecah 12 darjah menjelang waktu pagi. Sehingga rasa tak mahu keluar dari selimut ha ha. Kalau ikut rasa hati nak terus tidur je kat bilik ni. Susana sejuk dan nyaman buatkan rasa malas nak ke mana-mana. Tapi terpaksa keluar juga sebab perut dah mula menyanyi minta diisi.
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah