Pulau Mantanani, pulau yang cantik di Kota Belud

12/28/2022 damiaamna 0 Comments

 Pulau Mantanani, adakah setanding Semporna?



Kota belud juga terdapat pulau yang sangat cantik dan menghadap Gunung Kinabalu. Pulau Mantanani turut mempunyai sebuah perkampungan. Pulau ini mempunyai pantai yang cantik dengan air yang jernih dengan warna hijau kebiruan.

Kecantikan pulau ini menarik minat pemaju mendirikan resot di sini dengan pakej snorkeling di beberapa kawasan sekitar pulau. Keindahan pantai dengan sajian pemandangan matahari terbenam yang sangat memukau.

Selepas habis waktu maghrib pula, kita dapat menyaksikan kerlipan cahaya biru "Blue tears"di tepi pantai terhasil disebabkan oleh fenomena Phytoplankton (fitoplankton), sejenis alga laut mikroskopik yang mengeluarkan cahaya biru terang.

Gambar google je sebab kamera sendiri tak dapat capture


Sini saya ceritakan serba sedikit pecutian kami ke Pulau Mantanani dengan Nido Mantanani Resort. Di pulau ini terdapat beberapa resort yang lain juga. Oleh kerana PKP disebabkan covid 19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan industri pelancongan sedikit terbatas.

Demi kelangsungan perniagaan juga, beberapa resort mengadakan promosi untuk menarik pengunjung bercuti ke resort mereka. Kami tertarik dengan pakej Nido Mantanani yang mengenakan caj per kepala. Pakej termasuk pengangkutan dari Jeti di Kota Belud, makanan dan penginapan untuk 2 hari 1 malam serta 1 pakej snorkeling.

Hari pertama berkumpul di jeti Nido resort di Rampayan jetty, Kota Belud, kira-kira setengah jam perjalanan dari pekan Kota Belud mengahala ke Kota Marudu. Pengangkutan ke Pulau Mantanani dijanjikan dalam jam 10 di jeti.


Tunggu bot

Perjalanan ke Pulau Mantanani denga bot mengambil masa lebih kurang 1 jam rasanya. Alhamdulillah cuaca cerah dan keadaan laut tidak bergelora. Pihak bot menyediakan plastik bagi yang ada masalah mabuk laut. Perjalanan ke pulau sangat lancar walaupun mendebarkan sebab pertama kali ke pulau yang agak jauh.


 Dalam Bot ke Pulau



Setelah mendarat di pulau, kami di bawa ke perkarangan resort yang menyediakan pondok khas untuk kami meletakkan barangan dan juga kami di sediakan makanan tengah hari. Kemudian kami diminta untuk bersiap untuk aktiviti snorkeling tanpa checkin bilik dahulu kerana masih menunggu bilik kami disiapkan.

Turun bot


Hidangan makan tengah hari

kawasan letak barang sebelum check in


Setelah mendarat balik dari aktiviti snorkeling baru kami dibenarkan masuk ke bilik masing-masing.Kami ambil sebuat chalet bilik berdua dan satu lagi bilik dorm untuk 4 orang. Lelaki la yang ambil bilik dorm untuk 4 orang tu sebab bilik airnya di luar bilik.

Chalet bilik berdua


dalam bilik


Aktiviti snorkeling

Waktu petang adalah aktiviti bebas bagi semua pengunjung, boleh memilih untuk berkayak atau mandi-manda di pantai. Menjelang senja, kami di bawa ke hujung pantai untuk menikmati pemandangan matahi terbenam. Sangat cantik pemandangan dari pulau yang terbuka.

Pemandangan matahari terbenam

Abadikan kenangan


Kemudian kami balik ke bilik masing-masing, selesai solat semua menikmati makan malam yang telah disediakan di cafe resort. ada yang membeli hasil nelayan dan dibawa untuk oleh perkerja dapur kafe dengan bayaran tertentu. Kemudian semua pengunjung di bawa ke tepi pantai dan lampu semua dipadamkan untuk melihat fenomena Blue tears.


kafe milik resort 


Hidangan breakfaast

Hasil nelayan, ada juga lobster


Sebelum check out esoknya, kami tambah pakej snorkeling kerana belum puas beraktiviti dalam laut. kami dibawa ke daratan yang penuh dengan batu karang yang telah mati. Fenomena air pasang dan surut telah membentuk daratan seolah sebuah pulau kecil. Kemudiang kami melakukan aktiviti snorkeling di kawasan yang lain pula. Seterusnya kami dibawa mengelilingi pulau sebelum balik ke resort untuk bersiap dan check out bilik. Kami dihidangkan makan tengah hari dan seterusnya menunggu bot untuk balik ke jeti di Kota Belud.


 
Pintu utama resort.

batu karang yang membentuk daratan seperti pulau


Kawasan resort.




pantai yang cantik


Masyaallah, sampai ke harini pun tak boleh lupa betapa indahnya pulau-pulau yang terdapat di negeri bawah bayu ini.

 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

Semporna punya tarikan Pulau yang sukar dilupakan

12/27/2022 damiaamna 0 Comments

Trip ke Semporna- Tawau melalui Jalan Kalabakan





Bergambar di Pulau Pom-pom

Banyaknya hutang nak tulis trip jelajah Sabah kami sekeluarga. Apa yang sibuk sangat pun tak pasti lah. Apa yang pasti trip berlangsung pada Ogos 2020. Perjalanan kalini secara konvoi dengan 3 buah kereta iaitu 3 keluarga berasingan dan yang pastinya kenderaan kami penuh penumpang dengan 9 orang iaitu 5 anak termasuk datuk dan nenek mereka.

Perjalanan dari rumah di Politeknik dimulakan seawal 5.30 pagi, sesudah subuh. Keluar rumah awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas di bandar Kota Kinabalu dan juga memastikan sampai ke destinasi sebelum waktu malam. Melalui jalan Kimanis - Keningau, pendakian bukit Kimanis yang agak tinggi dengan kereta. Cuaca cerah disajikan dengan pemandangan bawah bukit sehingga nampat laut yang luas dari kejauhan. Pemandangan yang mengujakan mengurangkan rasa debaran mendaki bukit dengan kereta. Apabila memilih perjalanan melalui Kimanis - Keningau perlu menitikberatkan penyelenggaraan kenderaan masing-masing supaya tidak "jammed" semasa pendakian atau menuruni bukit yang agak curam. 

Makan tengah hari di tepi jalan

Di banjaran Crocker

Tempat berhenti solat

Penginapan di Banjaran Crocker

Situasi pendakian



Turun dari bukit Kimanis, kami memasuki pekan Keningau untuk penuhkan tangki minyak kereta sebelum melalui laluan Kalabakan, Laluan sini merupakan jalan alternatif untuk ke Tawau melalui Nabawan, Sapulut. Stesen petrol terdekat adalah memasuki pekan Tawau. Stesen petrol lain perlu keluar simpang untuk masuk kawasan pekan, mungkin mengambil masa. Setelah mengisi minyak, perjalanan diteruskan melalui Jalan Kalabakan.

Kami berhenti di tepi jalan di Kawasan Pensiangan, Jalan Kalabakan ni biasanya dilalui oleh kenderaan berat atau kenderaan jenis 4WD. Jalan berturap dalam keadaan baik agak sedikit, maka perlu berhati-hati. Jalanrayanya yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan jalan mendap kiri dan kanan dan juga lubang yang besar dan dalam di kebanyakan tempat. Kami berhenti untuk berehat seketika dan makan tengah hari di kawasan Pensiangan, kawasan tepi jalan saja. Makanan sedia dimasak dan dibawa oleh kami bagi melancarkan perjalanan yang jauh.

Perjalanan diteruskan lagi, seterusnya kami berhenti untuk soalah di Masjid Al Ikhlas di kawasan Felda Kalabakan Utara. Alhamdulillah dipermudahkan urusan untuk berhenti solat. Kemudian perjalanan diteruskan lagi, apabila memasuki kawasan Merotai di Tawau, kami singgah untuk isi minyak lagi sebelum meneruskan perjalanan ke Semporna.

Di Semporna, kami memilih homestay di Koperasi Surau AlFalah, Taman Sempaul. Harga yang ditawarkan di sini sangat berpatutan dan selesa untuk kami rombongan yang ramai dan juga keluarga yang besar macam kami. Oleh kerana kepenatan hampir 12 jam dalam kereta, maka kami memilih untuk masak sendiri di homestay saja. Alhamdulillah bekal yang kami bawa masih cukup untuk makan malam kami semua.

Makan malam di homestay

homestay untuk keluarga kami yang paling luas

Semua berkumpul untuk makan malam

Nak homestay ni : Homestay Surau AlFalah

Keesokkannya kami sediakan sendiri juga sarapan untuk kami semua. Sarapan serba ringkas seperti nasi goreng dan mihun goreng, ada juga bekalan roti kami bawa. Kami bawa semua makanan yang kami sediakan di homestay ke Jeti Pelancongan Bangau-Bangau supaya kami tidak perlu berebut tempat parking. Kami makan di kawasan menunggu di jeti saja, sementara menunggu pihak ejen kami menyiapkan permit perjalanan kami untuk masuk ke pulau. Kami memilih pakej "Daytrip" saja, iaitu masuk ke kawasan pulau waktu pagi dan mesti kembali ke tanah besar sebelum jam 3 petang. 

Sarapan masak sendiri

Sementara menunggu untuk naik bot




Hari pertama kami ambil pakej C (Pualau Mataking, Timba-timba dan Pom-pom). Pakej daytrip dengan harga RM75 per kepala, harga termasuk insuran dan permit, makan tengah hari serta peralatan snorkeling. Pakej hari pertama kami memang sepenuhnya snorkeling, puas hati anak-anak dapat turun berendam air laut. Pakej ke tiga pulau berlainan dan berhampiran. Pulau pertama adalah pulau Pom-pom, dimana kawasan pantai yang cantik untuk bergambar dan berjalan sepanjang beting pasir. Kemudian ke Pulau Mataking, di sini dapat naik ke pulau dan melihat bahagian belakang pulau yang menghadap negara jiran iaitu Filipina. Kemudian barulah ke Pulau Timba-timba, di sini banyak penyu yang timbul.

Jernihnya air

Rasa nak tangkap ikan tu

Lunch di atas bot saja

Semua berendam dalam air


Selepas habis pakej 3 pulau ni, kami dihantar kembali ke jeti. Di jeti lengkap disediakan bilik mandi dan tempat solat. Selesai membersihkan diri, kami langsung mencari kedai untuk makan malam. Dengan panduan daripada owner homestay, kami makan di Kedai Ikan bakar Semporna yang terletak berhadapan jalan dengan Mc Donald Semporna. Selesai makan malam baru lah kami balik ke homestay untuk berehat dan tidur selepas seharian berendam di laut.
Menikmati seafood 

Restoran Ikan bakar Semporna


Hari kedua kami masih di Semporna dengan pakej pulau yang berbeza iaitu ke Pulau Mabul dan Kapalai. Pakej hari kedua ni banyak menikmati pemandangan yang sangat cantik di Pulau Mabul, boleh OOTD la orang kata. Kami memilih Mabul Water Bungalow Resort untuk melihat pemandangan dan bergambar. Oleh kerana kami bukan menginap di resort tersebut, maka kami dikenakan bayaran untuk naik ke resort tersebut. Masyaallah, sungguh terpukau dengan keindahannya. Tiada kata yang dapat diungkapkan bagi menggambarkan betapa indahnya Pulau Mabul dengan kejernihan air dan juga hidupan lautnya.

Meriah tapak sulaiman

Resort yang cantik


Resort yang sangat menarik untuk pasangan bulan madu


Teruja dengan hidupan laut

Resort atas air



Selesai bergambar dan menikmati makan tengah hari, barulah kami turun untuk aktiviti snorkeling dan mandi laut di kawasan berhampiran resort. Ada sempadan yang diletakkan bagi pengunjung yang bukan menginap di resort. Kemudian barulah ke Pulau Kapalai untuk aktiviti snorkeling di sana pula.

 Selesai aktiviti pulau terus balik ke jeti, bersihkan diri untuk solat dan langsung bergerak ke Tawau pula. Tamat sudah 2 hari di Semporna. Jarak perjalanan dari Semporna ke Tawau memakan masa 1 jam 30 minit. Kami tiba di Tawau hampir waktu isyak, berhenti makan di Restoran Tintingan untuk menikmati seafood. Selepas makan malam, masing-masing bergerak ke homestay yang berbeza tempat. Alhamdulillah, esoknya kami keluar mencari sarapan sekitar bandar Tawau, sempat masuk tamu Sabindo sebab kebetulan tamunya hari minggu. Bergambar kenangan di mercu tanda Tawau sebagai tanda sudah sampai sini.

mercu tanda Tawau



Kemudian check out homestay di Tawau untuk ke Sandakan pula di mana masa perjalanan lebih kurang 6 jam juga sekiranya jalan cantik. Belum hilang penat sepenuhnya pun, tetapi sebab teruja dengan perjalanan ini, semua tu dilupakan. Singgah di Pekan Kunak untuk isi minyak. Oleh kerana faktor jalanraya yang kurang baik menyebabkan salah satu kereta konvoi bocor tayar. Terpaksa singgah di Petronas Kinabatangan untuk menggantikan tayar simpanan sementara mencari kedai kereta. Kami tiba di Sandakan hampir jam 10 malam. Alhamdulillah homestay lengkap barang dapur, masak mee segera je la.

Esok paginya barulah suami keluar dari homestay untuk membeli sarapan. Sementara kami di rumah kemas barang dan cuci apa yang patut. Kami keluar awal dari homestay terus ke Sepilok dan Sunny Bear yang bersebelahan sahaja.

Sunny bear berdiri

Pintu masuk utama



Nak bergambar dengan orang utan tak dapat he he


Selesai lawatan disini terus bergerak balik. Kami singgah makan tengah hari di Pekan Ranau. Berhenti untuk solat asar di Masjid Kundasang dan akhirnya selamat sampai ke kediaman masing-masing sebelum menjelang waktu malam.

Masyaallah, perjalanan kami terlalu padat dengan jarak perjalanan yang sangat panjang. Tetapi sesungguhnya, penat tu terbayar dengan pengalaman yang sangat menarik.





0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah