Pulau Mantanani, pulau yang cantik di Kota Belud
Pulau Mantanani, adakah setanding Semporna?
Kota belud juga terdapat pulau yang sangat cantik dan menghadap Gunung Kinabalu. Pulau Mantanani turut mempunyai sebuah perkampungan. Pulau ini mempunyai pantai yang cantik dengan air yang jernih dengan warna hijau kebiruan.
Kecantikan pulau ini menarik minat pemaju mendirikan resot di sini dengan pakej snorkeling di beberapa kawasan sekitar pulau. Keindahan pantai dengan sajian pemandangan matahari terbenam yang sangat memukau.
Selepas habis waktu maghrib pula, kita dapat menyaksikan kerlipan cahaya biru "Blue tears"di tepi pantai terhasil disebabkan oleh fenomena Phytoplankton (fitoplankton), sejenis alga laut mikroskopik yang mengeluarkan cahaya biru terang.
Sini saya ceritakan serba sedikit pecutian kami ke Pulau Mantanani dengan Nido Mantanani Resort. Di pulau ini terdapat beberapa resort yang lain juga. Oleh kerana PKP disebabkan covid 19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan industri pelancongan sedikit terbatas.
Demi kelangsungan perniagaan juga, beberapa resort mengadakan promosi untuk menarik pengunjung bercuti ke resort mereka. Kami tertarik dengan pakej Nido Mantanani yang mengenakan caj per kepala. Pakej termasuk pengangkutan dari Jeti di Kota Belud, makanan dan penginapan untuk 2 hari 1 malam serta 1 pakej snorkeling.
Hari pertama berkumpul di jeti Nido resort di Rampayan jetty, Kota Belud, kira-kira setengah jam perjalanan dari pekan Kota Belud mengahala ke Kota Marudu. Pengangkutan ke Pulau Mantanani dijanjikan dalam jam 10 di jeti.
Perjalanan ke Pulau Mantanani denga bot mengambil masa lebih kurang 1 jam rasanya. Alhamdulillah cuaca cerah dan keadaan laut tidak bergelora. Pihak bot menyediakan plastik bagi yang ada masalah mabuk laut. Perjalanan ke pulau sangat lancar walaupun mendebarkan sebab pertama kali ke pulau yang agak jauh.
Dalam Bot ke Pulau
Setelah mendarat di pulau, kami di bawa ke perkarangan resort yang menyediakan pondok khas untuk kami meletakkan barangan dan juga kami di sediakan makanan tengah hari. Kemudian kami diminta untuk bersiap untuk aktiviti snorkeling tanpa checkin bilik dahulu kerana masih menunggu bilik kami disiapkan.
Turun bot
kawasan letak barang sebelum check in
Setelah mendarat balik dari aktiviti snorkeling baru kami dibenarkan masuk ke bilik masing-masing.Kami ambil sebuat chalet bilik berdua dan satu lagi bilik dorm untuk 4 orang. Lelaki la yang ambil bilik dorm untuk 4 orang tu sebab bilik airnya di luar bilik.
Aktiviti snorkeling
Waktu petang adalah aktiviti bebas bagi semua pengunjung, boleh memilih untuk berkayak atau mandi-manda di pantai. Menjelang senja, kami di bawa ke hujung pantai untuk menikmati pemandangan matahi terbenam. Sangat cantik pemandangan dari pulau yang terbuka.
Pemandangan matahari terbenam
Abadikan kenangan
Kemudian kami balik ke bilik masing-masing, selesai solat semua menikmati makan malam yang telah disediakan di cafe resort. ada yang membeli hasil nelayan dan dibawa untuk oleh perkerja dapur kafe dengan bayaran tertentu. Kemudian semua pengunjung di bawa ke tepi pantai dan lampu semua dipadamkan untuk melihat fenomena Blue tears.
kafe milik resort
Sebelum check out esoknya, kami tambah pakej snorkeling kerana belum puas beraktiviti dalam laut. kami dibawa ke daratan yang penuh dengan batu karang yang telah mati. Fenomena air pasang dan surut telah membentuk daratan seolah sebuah pulau kecil. Kemudiang kami melakukan aktiviti snorkeling di kawasan yang lain pula. Seterusnya kami dibawa mengelilingi pulau sebelum balik ke resort untuk bersiap dan check out bilik. Kami dihidangkan makan tengah hari dan seterusnya menunggu bot untuk balik ke jeti di Kota Belud.
Pintu utama resort.
batu karang yang membentuk daratan seperti pulau
Kawasan resort.
pantai yang cantik
Masyaallah, sampai ke harini pun tak boleh lupa betapa indahnya pulau-pulau yang terdapat di negeri bawah bayu ini.
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah